Wednesday 20 May 2015

Keselamatan

Aspek keselamatan perlu diambil kira sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan dan kejadian yang boleh meragut nyawa.

prosedur-prosedur sebelum memulakan aktiviti perlu dilakukan


Peralatan Manual

selain menyediakan peralatan dan komponen elektronik, HammerHead Ent juga menyediakan kelengkapan-kelengkapan barangan pertukangan yang asas dan manual. Walaupun hari ini proses pembinaan dan pertukangan banyak menggunakan mesin, namun keperluan terhadap peralatan manual masih juga diperlukan seperti tukul besi, pemutar skru dan lain-lain




Papan Tanda

Papan Tanda 




Disamping menyediakan barangan pertukangan dan pembinaan, HammerHead Ent turut mengambil kontrak menghasilkan papan-papan tanda keselamatan bagi mereka yang memerlukannya. Objektif utama dalam urusan keselamatan ialah mencegah kecederaan dan kehilangan nyawa. Oleh sebab itu, HammerHead Ent mengambil berat akan isu ini dan menawarkan perkhidmatan membuat papan tanda keselamatan. 



HH Safety Suit

HH Safety Suit


bagi seseorang yang menjalankan kerja berat, soal keselamatan amatlah dititik beratkan. Oleh sebab itu, HammerHead Ent telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan pakaian khas bagi pekerja kontrak binaan dan juga bagi mereka yang bekerja didalam bengkel.

HH Safety Suit

HH Safety Suit direka khas untuk tahap perlindungan yang maksima disertakan juga dengan kasut keselamatan. Antara kelebihan dan kebaikan HH Safety Suit ialah :

  • Tahan Lasak
  • Kalis api 
  • Reflector Sticker (Sesuai untuk kegunaan waktu malam)
  • Selesa dipakai
  • Ringkas dan menyegerakan
  • Anti-Electromagnetic Radiation
  • Kasut yang mempunyai pelapik teguh dibahagian penutup jari kaki 


Video Cara Penggunaan Circular Saw

Disini saya selitkan juga satu video tentang bagaimana cara penggunaan Circular Saw dengan betul.
Bagi mereka yang masih belum memahami cara penggunaan yang sebenar, disarankan agar anda menonton video ini terlebih dahulu.



Tuesday 19 May 2015

Peralatan Perabot

PERALATAN PERABOT

Anda mahu membuat kerja kayu seperti menghasilkan perabot? Anda perlukan peralatan yang sesuai?
HammerHead Ent adda menyediakannya. Antara peralatan yang kami sediakan ialah seperti circular saw, sander, portable table saw dan sebagainya dibawah jenama Bosch, Makita, Roby dan lain-lain.

Mesin asas membuat perabut menentukan ketepatan , kualiti dan kecepatan untuk membuat perabut. Untuk perabut yang mudah , mesin yang digunakan adalah mesin-mesin yang asas seperti portable planner, sander, jig saw, multi cut saw, router machine, cordless, drill dan sebagainya

Dibawah ini disertakan beberapa contoh gambar peralatan yang disebutkan seperti di atas : 
Circular Saw

Sander

Chainsaw 

Portable Planer

Router

Jig Saw

Multi Cut Saw
Portable Table Saw



FacePalm Mask



FacePalm Mask. Nama sahaja sudah cukup gempak, apatah lagi jika menggunakannya. FacePalm Mask bukan digunakan untuk tujuan merompak sebagai cara menyembunyikan identiti, tetapi FacePalm Mask merupakan salah satu alat yang pasti anda, sebagai pekerja kontrak memerlukannya.

Fungsi umumnya adalah untuk diguna pakai ketika menjalankan aktiviti kimpalan. Pelindung muka yang biasa ada kalanya tidak mampu menahan atau melindungi muka dan mata dari impak cahaya yang melampau dan mampu merosakkan mata.

FacePalm Mask dihasilkan khas untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti kimpalan. Ia dihasilkan dari campuran bahan gentian kaca, plastik dan aluminium yang mampu memberi perlindungan yang lebih selamat kepada penggunanya. Visornya juga di 'tinted' khas bagi melindungi mata dari menerima kerosakan sepanjang proses bekerja akibat percikan api dan haba.

Sistem pengudaraan yang terdapat pada FacePalm Mask ini menjadikan ia salah satu barangan yang unik seolah-olah pemakainya sedang memakai helmet. Harga yang dikenakan keatas FacePalm adalah pada sesuai untuk semua golongan. Ianya mampu dimiliki semua.

Lifetime Drill


Gerudi Elektronik.

Pernahkan anda membeli atau menggunakan gerudi elektronik sebelum ini?
Adakah gerudi tersebut mampu bertahan dalam kondisi yang ekstrem?

Perkenalkan salah satu barangan kami yang menjadi pilihan ramai pengguna, "LIFETIME DRILL".
"LIFETIME DRILL" merupakan produk yang diimport khas dari New Zealand. Gerudi ini adalah hasil dari kajian dan pengubahsuaian dari gerudi yang biasa kepada gerudi yang lebih memuaskan penggunaannya. Jika gerudi biasa yang anda miliki sekarang sentiasa menimbulkan masalah, HammerHead Ent mencadangkan agar anda miliki satu produk ini.

Antara kelebihan "LIFETIME DRILL" :


  • Menjimatkan penggunaan elektrik.
  • Bateri yang tahan lama.
  • Tahan lasak.
  • Boleh digunakan atas semua permukaan.
  • "Waterproof" 
  • Terdapat juga dalam bentuk mini. 

Pengenalan Perusahaan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam Perpaduan. Saya mewujudkan blog ini adalah bertujuan untuk menunjukkan dan menerangkan kepada pengunjung blog ini tentang perusahaan syarikat HammerHead Ent.

HammerHead Ent merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi membekalkan barangan keperluan dalam bidang pembinaan dan pertukangan. Dengan wujudnya syarikat ini, sedikit sebanyak kami dapat membantu anda mendapatkan peralatan kemudahan untuk kegunaan sendiri. HammerHead Ent membuka banyak cawangan diseluruh negeri di Malaysia.

Kualiti barangan yang dibekalkan HammerHead Ent merupakan barangan yang berkualiti tinggi, dihasilkan daripada bahan yang terbaik kami perolehi demi memastikan kepuasan para pengguna. Dari segi keselamatan penggunaan barangan juga, HammerHead Ent memberi jaminan kepada bahawa barangan kami selamat diguna pakai.

Kami berpegang pada motto kami ;
 " Anda Selamat, Kami Selamat "

BLOGGER PROFILE




  • NAMA : MOHAMAD SUFI BIN MOHD ARSHAD
  • UMUR : 21
  • TEMPAT BELAJAR : KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA SEREMBAN 2
  • JURUSAN : IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DALAM PENTADBIRAN PERNIAGAAN ( BACHELOR BUSINESS OF ADMINISTRATION)
  • NO. MATRIK : 235208
  • TEMPAT TINGGAL : MUAR, JOHOR
  • NAMA SYARIKAT : HAMMERHEAD ENT
  • NO TEL. : 011-12732685
  • EMAIL : sufiarshad94@gmail.com