Tuesday 19 May 2015

FacePalm Mask



FacePalm Mask. Nama sahaja sudah cukup gempak, apatah lagi jika menggunakannya. FacePalm Mask bukan digunakan untuk tujuan merompak sebagai cara menyembunyikan identiti, tetapi FacePalm Mask merupakan salah satu alat yang pasti anda, sebagai pekerja kontrak memerlukannya.

Fungsi umumnya adalah untuk diguna pakai ketika menjalankan aktiviti kimpalan. Pelindung muka yang biasa ada kalanya tidak mampu menahan atau melindungi muka dan mata dari impak cahaya yang melampau dan mampu merosakkan mata.

FacePalm Mask dihasilkan khas untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti kimpalan. Ia dihasilkan dari campuran bahan gentian kaca, plastik dan aluminium yang mampu memberi perlindungan yang lebih selamat kepada penggunanya. Visornya juga di 'tinted' khas bagi melindungi mata dari menerima kerosakan sepanjang proses bekerja akibat percikan api dan haba.

Sistem pengudaraan yang terdapat pada FacePalm Mask ini menjadikan ia salah satu barangan yang unik seolah-olah pemakainya sedang memakai helmet. Harga yang dikenakan keatas FacePalm adalah pada sesuai untuk semua golongan. Ianya mampu dimiliki semua.

No comments:

Post a Comment