Tuesday 19 May 2015

Pengenalan Perusahaan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam Perpaduan. Saya mewujudkan blog ini adalah bertujuan untuk menunjukkan dan menerangkan kepada pengunjung blog ini tentang perusahaan syarikat HammerHead Ent.

HammerHead Ent merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi membekalkan barangan keperluan dalam bidang pembinaan dan pertukangan. Dengan wujudnya syarikat ini, sedikit sebanyak kami dapat membantu anda mendapatkan peralatan kemudahan untuk kegunaan sendiri. HammerHead Ent membuka banyak cawangan diseluruh negeri di Malaysia.

Kualiti barangan yang dibekalkan HammerHead Ent merupakan barangan yang berkualiti tinggi, dihasilkan daripada bahan yang terbaik kami perolehi demi memastikan kepuasan para pengguna. Dari segi keselamatan penggunaan barangan juga, HammerHead Ent memberi jaminan kepada bahawa barangan kami selamat diguna pakai.

Kami berpegang pada motto kami ;
 " Anda Selamat, Kami Selamat "

No comments:

Post a Comment